Sejarah Penubuhan IPIJ
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) merupakan satu perkumpulan yang dirancang bermula awal 1998 atas rasa kesedaran sekumpulan pelajar yang mengikuti usrah semenjak di Malaysia untuk meningkatkan pemahaman terhadap Islam dan seterusnya sedikit-sebanyak menyumbang kepada perkembangan Islam. Cetusan idea ini juga digarap oleh barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan dengan bimbingan daripada beberapa bekas pimpinan persatuan mahasiswa Malaysia di luar negara. IPIJ yang bermula daripada kosong, mengadakan perjumpaan pertamanya pada Mei 1999 di Nagoya bagi menyusun organisasi, merangka aktiviti-aktiviti dan pelan tindakan serta telah menetapkan nama IPIJ yang sekaligus menyusur kepada penubuhan IPIJ pada perjumpaan pertama. Rentetan daripada perjumpaan pertama, IPIJ telah merancang program umum pertama yang telah diadakan di Shiga, di mana pada 10 Ogos 1999, IPIJ telah dirasmikan penubuhannya.
Objektif Penubuhan IPIJ
Penubuhan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ini berlandaskan kepada empat objektif utama iaitu:-
1. Mengamalkan dan menyebarkan ajaran Islam.
2. Mengeratkan ukhwah pelajar-pelajar Islam Malaysia yang berada di Jepun sebagai sebuah jemaah yang berlandaskan ajaran Islam.
3. Menganjurkan program-program Ilmiah secara lebih bersepadu dan efektif.
4. Melatih dan membentuk pelajar yang dinamik dan berpegang teguh berteraskan Al-Quran dan Hadis.
Visi IPIJ
Membentuk insan yang memiliki kesedaran dalam meningkatkan pemahaman Islam yang syumul sehingga berupaya membentuk akhlak mulia serta berjaya dlm kerjaya yang diceburi.
Misi IPIJ
1. Menyediakan wadah bagi peningkatan input agama dan akademik.
2. Menonjolkan peranan IPIJ dalam isu semasa melalui program yang dijalankan
3. Mewujudkan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli untuk merealisasikan visi
4. Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berilmu dan beramal
5. Menanam kesedaran tentang kewajipan berdakwah

Logo IPIJ
Warna
* Warna putih menggambarkan fitrah manusia yang suci
* Warna biru menggambarkan kedamaian atau aman sesuai dengan maksud Islam.
* Warna hijau melambangkan kebangkitan dan kesejagatan Agama Islam
* Warna merah menggambarkan keberanian yang perlu ada dalam menyatakan yang hak dan yang batil.
Bentuk
* Bulat merah menggambarkan Hinomaru yang menjadi lambang Jepun, di letakkan ditengah-tengah melambang IPIJ yang berpusat di Jepun.
* Lapan pecahan yang sama bentuk membentuk pusingan gelungan biru menggambarkan kerjasama berterusan tanpa mengira perbezaan pangkat dan gelungan biru itu sendiri membawa maksud ikatan persaudaraan berlandaskan Islam.
* Bulatan hijau yang menjadi latar belakang logo menggambarkan dasar IPIJ adalah Islam yang sejagat dan kelopak bunga sakura putih menggambarkan Jepun yang menjadi medan pembelajaran IPIJ.





0 Responses to “IPIJ”