Aktiviti Menarik Menanti Anda!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita bersama-sama menjayakan program Jalinan Mesra IPIJ 09.  Anda sudah mendaftar?? Jika belum, segeralah berbuat demikian. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Jalinan Mesra IPIJ 09  terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Jepun dan Malaysia. Khas untuk pelajar-pelajar yang sedang menuntut di bumi sakura.. Anda ingin berkongsi pengalaman bersama junior-junior di Malaysia? Ingin bertemu mereka, berkongsi nasihat dan meniupkan semangat? Jika jawapannya ‘Ya’ , ‘Hait’ , ‘Na’am’  dan yang semakna dengannya, kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada anda! Tidak dilupakan, kami juga meraikan penyertaan daripada pelajar-pelajar di Malaysia.  Anda berminat ingin tahu tentang negara matahari terbit dan berkenalan sesama kami? Jangan bertangguh lagi… Segeralah mendaftar sekarang!

Ingin mengetahui aktiviti yang sedang menanti anda?

Kami telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat untuk kita semua.

Pengisian Rohani

Mari bersama-sama menambahkan ilmu dan pengetahuan melalui program kuliyyah oleh penceramah jemputan serta berkongsi pendapat, pengalaman dan cerita melalui LDK.

Lawatan ke rumah anak yatim

Menyayangi dan meraikan anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Mari bersama-sama kita menziarahi salah sebuah rumah anak yatim di Klang, Rumah Anak Yatim Al-Munirah. Semoga usaha yang sekecil-kecil ini mendapat balasan yang baik di sisi Allah SWT, InshaAllah.

Rumah Anak Yatim Al-Munirah

Rumah Anak Yatim Al-Munirah

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Riadah dan Rekreasi

Anda pernah mencuba aktiviti flying fox dan laluan berhalang ? Pelbagai aktiviti rekreasi menarik menanti di tempat program. Nur Bukit Unggul, Selangor menjanjikan pelbagai kemudahan rekreasi yang memberi kelainan untuk kita semua.

nbu

nbu2

nbu4

nbu3

Majlis Iftar dan Solat Tarawikh

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, mari bersama-sama kita meraikannya dengan beriftar dan bersolat Tarawikh secara berjemaah di masjid.

solat jemaah

solat


Jangan berlengah lagi! Daftar sekarang dan sertai kami di sana…

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

As-Saff (61:10-11)

0 Responses to “Aktiviti Menarik Menanti Anda!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s





Follow

Get every new post delivered to your Inbox.