Jalinan Mesra 2010!

Akses

Bismillahirrahmanirahim….

Memandangkan terdapatnya perubahan pada tentatif program yang baru, maka akses ke tempat program juga sudah bertukar.

Akses ke rumah Anak Yatim Al-Munirah

Akses : Dari KL Sentral naik komuter dan turun di Stesen Klang dan seterusnya boleh menaiki teksi terus menuju ke Rumah Anak Yatim Al-Munirah atau boleh mengikuti perkhidmatan yang disediakan.

Butiran lanjut adalah seperti berikut

AJK : Saudara Adnin (03-33232217)

Waktu Berkumpul : 10 pagi~11 pagi

Tempat Berkumpul : Stesen Klang

Alamat : Lot 15771(B), Jalan Johan Setia, Kg Johan Setia, Klang, Selangor

Tidak lupa juga kepada yang akan menyertai kami pada keesokkan harinya.

Akses ke Nur Bukit Unggul


peta nur bukit unggul

Jika sahabat-sahabat mempunyai sebarang kemusykilan, boleh hubungi wakil kami di Malaysia

Muhammad Idris (013-3907990)

Zulhelmi (017-6438362)

Aimi Suhaily (03-62741921)

InsyaAllah Jumpa disana YA!!!!

Latest update!!!

Bismillahirrahmanirahim…

Oleh kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, pihak kami ingin mengumumkan bahawa terdapat sedikit perubahan didalam tentatif program.

Kami dari team Jalinan Mesra 2009 ingin memohon maaf diatas segala kesulitan. Berikut adalah tentatif terbaru

4 September 2009 (Tempat : Klang, Nur Bukit Unggul)

1000~1100 : Ketibaan Alumni dan AJK-AJK IPIJ (Klang)

1400~1500 : Bergerak ke Rumah Anak Yatim

1500~1900 : Aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim

1900~2000 : Berbuka puasa

2000~2130 : Solat maghrib, sedikit tazkirah, solat isyak dan terawih

2145~2245 : Bergerak ke tempat program di Nur Bukit Unggul

2300~     : Bacaan Al-Mulk dan persediaan untuk tidur

5 September 2009 (Tempat: Nur Bukit Unggul)

0400~0500 : Sahur

0500~     : Solat subuh dan tazkirah ringkas

0630~0730 : Persediaan diri / Ketibaan Alumni

0800~0915 : Taaruf

0945~1045 : Pengisian 1 (Ghuraba’)

1100~1200 : LDK

1200~1300 : Rehat dan persedian solat zuhur

1300~1330 : solat zuhur

1345~1600 : Pengisian 2 (Ramadhan Al-Mubarak dan kepentingan Tarbiyah)

1600~1800 : GAME  (Indoor activity)

1900~2000 : Persediaan diri / Berbuka puasa

2000~2130 : Solat Maghrib,Isyak dan Solat Terawih

2130~2230 : Moreh

2230~2300 : Sambungan LDK dan perbincangan

2300~     : Bacaan Al-Mulk dan persediaan untuk tidur

6 September 2009 (Nur Bukit Unggul , Seksyen 19 Shah Alam)

0400~0500 : Sahur

0500~     : Solat subuh dan kuliyah subuh (kemanisan iman)

0620~0700 : Muhasabah Program

0700      : Flying fox dan Persediaan diri

1000~     : Gerak ke tempat program bersama kohai

1100~1130 : Menunggu ketibaan junior

1200~1245 : Pengisian Ustaz Jemputan (Aqidah)

1245~1330 : Pengisian untuk junior (slot memperkenalkan IPIJ)

1345~1430 : Solat zuhur

1445~1600 : Pengisian untuk junior (Ramadhan Al-Mubarak dan kepentingan Tarbiyah))

1700~1800 : Seisi soal jawab antara junior dan senior (dalam bentuk kumpulan)

1800~1900 : Persiapan diri

1900~2000 : Berbuka puasa

2000~2130 : solat maghrib dan solat terawih

2130~     : Majlis bersurai

Aktiviti Menarik Menanti Anda!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita bersama-sama menjayakan program Jalinan Mesra IPIJ 09.  Anda sudah mendaftar?? Jika belum, segeralah berbuat demikian. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Jalinan Mesra IPIJ 09  terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Jepun dan Malaysia. Khas untuk pelajar-pelajar yang sedang menuntut di bumi sakura.. Anda ingin berkongsi pengalaman bersama junior-junior di Malaysia? Ingin bertemu mereka, berkongsi nasihat dan meniupkan semangat? Jika jawapannya ‘Ya’ , ‘Hait’ , ‘Na’am’  dan yang semakna dengannya, kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada anda! Tidak dilupakan, kami juga meraikan penyertaan daripada pelajar-pelajar di Malaysia.  Anda berminat ingin tahu tentang negara matahari terbit dan berkenalan sesama kami? Jangan bertangguh lagi… Segeralah mendaftar sekarang!

Ingin mengetahui aktiviti yang sedang menanti anda?

Kami telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat untuk kita semua.

Pengisian Rohani

Mari bersama-sama menambahkan ilmu dan pengetahuan melalui program kuliyyah oleh penceramah jemputan serta berkongsi pendapat, pengalaman dan cerita melalui LDK.

Lawatan ke rumah anak yatim

Menyayangi dan meraikan anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Mari bersama-sama kita menziarahi salah sebuah rumah anak yatim di Klang, Rumah Anak Yatim Al-Munirah. Semoga usaha yang sekecil-kecil ini mendapat balasan yang baik di sisi Allah SWT, InshaAllah.

Rumah Anak Yatim Al-Munirah

Rumah Anak Yatim Al-Munirah

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Riadah dan Rekreasi

Anda pernah mencuba aktiviti flying fox dan laluan berhalang ? Pelbagai aktiviti rekreasi menarik menanti di tempat program. Nur Bukit Unggul, Selangor menjanjikan pelbagai kemudahan rekreasi yang memberi kelainan untuk kita semua.

nbu

nbu2

nbu4

nbu3

Majlis Iftar dan Solat Tarawikh

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, mari bersama-sama kita meraikannya dengan beriftar dan bersolat Tarawikh secara berjemaah di masjid.

solat jemaah

solat


Jangan berlengah lagi! Daftar sekarang dan sertai kami di sana…

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

As-Saff (61:10-11)

Jalinan Mesra 2009

“Tora datang lagi !!

Anda pernah mendengar frasa ini ?

Terkenangkan zaman kanak-kanak satu masa dahulu ?

Apa kata kita buat perubahan sedikit

Ramadhan datang lagi..Takbir !!

Ya, begitu pantas masa berlalu

Tidak lama lagi ia akan membawa kita menjengah sebuah bulan yang sentiasa dinanti kedatangannya dan ditangisi pula pemergiannya oleh orang-orang yang beriman

Ramadhan Al-Mubarak

Bersempena bulan yang penuh barakah ini,

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) dengan kerjasama ALUMNI IPIJ

dengan penuh rasa kesyukuran mempersembahkan

Jalinan Mesra IPIJ 2009

pada

4-6 September 2009

bertempat di

Malaysia

bertemakan

愛情たっぷり (Aijyou Tappuri

Mari beramai-ramai menyemarakkan Mahabbah Ramadhan sambil berukhwah

dan mencari erti persaudaraan dalam Islam

“Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

^*Lots  Of  Love*^

Lebih dari sekadar ucapan

Jumpa di sana !!

Video Promosi

Video promosi Jalinan Mesra 2009



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.